ARTIKEL

367 sekolah daif, 3,063  kekurangan guru Sarawak perlu ditangani segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi sekali lagi membangkitkan isu pendidikan semasa mengambil perbahasan dalam Belanjawan 2024 Negara pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dalam perbahasan itu, Ahmad Johnie memberi penekanan mengenai isu kekurangan guru di Sarawak, kekosongan jawatan guru besar dan pengetua yang belum diisi termasuk kawasan Parlimen Igan.

Selain itu, isu bangunan pejabat Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Daro, isu kuota jemaah haji di Sarawak, Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Pergigian Daro dan isu FELCRA.

“Setakat 30 September 2023, Sarawak masih lagi menghadapi kekurangan guru seramai 3,063 orang melibatkan 2,307 orang kekosongan guru di sekolah rendah dan 756 guru di sekolah menengah.

“Kekurangan itu satu jumlah yang besar dan  memberi kesan buruk pada prestasi pelajaran dan pembelajaran para pelajar khususnya di luar bandar,” katanya.

Oleh kerana keadaan yang sangat kritikal itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan melantik lebih ramai anak Sarawak lepasan universiti untuk menjadi guru di daerah masing-masing.
 
“Lepasan universiti itu ramai yang masih menganggur dan berminat menjadi warga pendidik terutama yang mempunyai pengalaman sebagai guru My Step,” ujarnya.

Ahmad Johnie turut mencadangkan supaya kementerian mengembalikan tawaran pengambilan guru melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Program Diploma Lepasan Ijazah (PDLI) atau Guru Interim kepada guru My Step, guru ganti atau guru sementara yang sedang berkhidmat dan berminat untuk menjadi guru, khususnya guru di daerah sendiri.
 
Pada masa sama, katanya,  Sarawak juga berhadapan dengan masalah pengisian jawatan guru besar dan pengetua sekolah yang belum dilantik yang mana sehingga hari ini, seramai 66 guru besar sekolah rendah dan 13 pengetua sekolah di seluruh Sarawak belum dilantik.

Sementara itu, Ahmad Johnie memberitahu dewan, bahawa 367 sekolah daif terdapat di Sarawak iaitu 252 sekolah berada pada skala enam dan 115 (skala tujuh).

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU