ARTIKEL

PPS… Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengadakan tinjauan dan lawatan di PPS Dewan Masyarakat Stapok petang tadi.

368 mangsa banjir di Kuching, Bau ditempatkan di PPS hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 368 mangsa banjir daripada 90 keluarga di Kuching dan Bau ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN) Sarawak, seramai 38 keluarga melibatkan 144 mangsa dari Desa Wira Lorong 5i ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Stapok.

“Sementara 32 keluarga dari Taman Malihah ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah, manakala 54 mangsa dari Kampung Sinar Budi ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kpg Sinar Budi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama kata kenyataan itu, seramai sembilan mangsa dari Kampung Segong ditempatkan di PPS Dewan Kampung Segong, Bau.

Dalam pada itu, 16 mangsa ribut daripada lima keluarga pula kekal ditempatkan di Balai Raya Assyakirin, Bintulu.

Selain, keadaan cuaca di bandar raya ini juga masih tidak menentu dengan hujan lebat dijangka berlaku lagi malam ini, manakala air laut pasang besar pula diramal berlaku pagi esok.

Hari ini, beberapa penempatan penduduk di bandar raya ini dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi tadi.

Ia membabitkan Kampung Sinar Budi Baru dan Taman Desa Wira di Batu Kawa; sekitar Tabuan, Matang, Samariang, Pending, Kota Sentosa; Jalan Bako serta Bau.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU