37 buah bot JBPM Sarawak bersedia hadapi Monsun Timur Laut

KUCHING: Sebanyak 37 buah bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak diperiksa sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan berkata sejumlah 34 balai bomba di seluruh negeri dikerahkan melakukan pemeriksaan bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang.

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan berdasarkan maklumat ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa kejadian itu dijangka bermula 8 November sehingga Mac tahun depan.

Menurutnya, objektif program khusus untuk menguji bot dan enjin serta membuat kajian dan pembiasaan di kawasan-kawasan tertentu.

“Seperti yang sedia maklum keadaan banjir dan tanah runtuh kerap berlaku sepanjang bencana itu berlaku.

“Salah satu kesiapsiagaan bomba adalah dengan memastikan bot dapat digerakkan serta-merta, ” tegasnya.

Terdahulu, program turut melibatkan seramai 189 orang terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai bomba.

Suara Sarawak