37 laporan polis diterima terkait isu hina agama

KUCHING: Polis Sarawak menerima sebanyak 37 laporan polis setakat semalam terhadap kes posting menghina agama lain melalui akaun Facebook Puteri Mujahidah Wan Asshima Kamaruddin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, berdasarkan fakta kes suspek telah memuat naik video ucapan kenyataan tidak berpuas hati keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible pada jam 9.23 pagi, Khamis lalu.

Menurut beliau, individu dalam video tersebut turut menyeru orang melayu dan Islam menentang isu penggunaan kalimah Allah serta mengeluarkan kenyataan agar semua gereja ditutup.

“Kesemua laporan polis tersebut telah dirujuk ke Kontinjen Kuala Lumpur yang telah pun membuka kertas siasatan berkaitan kes iaitu berdasarkan Laporan Jalan Tun Razak 1317/ 2021.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

Suara Sarawak