ARTIKEL

37 pelajar terima surat tawaran biasiswa Zamalah Unimas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Seramai 37 pelajar Siswazah Program Secara Penyelidikan Unimas telah menerima surat tawaran biasiswa Zamalah Unimas bagi membantu pelajar memartabatkan tiga bidang tujahan penyelidikan di Unimas.

Menurut kenyataan Unimas, penyerahan surat telah disempurnakan oleh Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa Zamalah kepada Pelajar Siswazah Secara Penyelidikan Unimas di sini, semalam.

“Antara ketiga-tiga bidang tujahan itu adalah Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar, Komunikasi Maklumat dan Teknologi Kreatif serta Pembangunan Komuniti Lestari.

“Sementara itu daripada jumlah tersebut seramai 31 pelajar tempatan dan enam pelajar antarabangsa yang terpilih telah menerima surat penawaran biasiswa berkenaan,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, biasiswa tersebut diwujudkan untuk memberi bantuan kewangan dalam bentuk elaun bulanan atau pengecualian yuran pengajian kepada pelajar.

Katanya ia bagi melahirkan graduan berkemahiran, meningkatkan kepakaran dan ilmu pengetahuan ke arah membangunkan modal insan responsif dan kompeten, serta menyumbang kepada peningkatan kualiti penyelidikan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU