ARTIKEL

3,700 pekerja Uber di AS diberhenti susulan pandemik COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAN FRANCISCO: Uber Technologies Inc. memberhentikan kira-kira 3,700 pekerja sepenuh masa di tengah-tengah penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Syarikat itu merancang mengurangkan perbelanjaan operasinya sebagai langkah mengatasi cabaran ekonomi dan ketidakpastian disebabkan pandemik serta kesannya terhadap perniagaan, menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat.

Akibat jumlah perjalanan yang lebih rendah dan pembekuan pengambilan pekerja, Uber memutuskan mengurangkan perkhidmatan sokongan pelanggan dan jumlah pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Dara Khosrowshahi berkata kesepakatan juga telah dicapai dengan Lembaga Pengarah Uber, berkuat kuasa 2 Mei, untuk melepaskan gaji pokoknya untuk baki tahun yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Syarikat menganggarkan akan menanggung kira-kira US$20 juta untuk faedah pemberhentian dan lain-lain kos.

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU