Trending

3,745 pelajar Meradong terima bantuan beg sekolah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Seramai 3,745 orang pelajar di Meradong mendapat manfaat daripada program bantuan beg sekolah yang disumbangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii.

Sumbangan diserahkan beliau kepada 21 prasekolah, 32 sekolah rendah dan empat sekolah menengah dalam lawatan turun padang selama dua hari berturut-turut.

Sehubungan itu, Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei berkata, pemberian bertujuan mengurangkan beban kewangan ibu bapa pelajar, terutama petani kecil yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

“Saya sememangnya memberi perhatian khusus terhadap pendidikan dan melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memastikan pelajar di kawasan ini tidak tercicir.

“Dalam pada itu, saya juga cuba sedaya upaya menghulurkan bantuan bagi membolehkan proses pembelajaran mereka berjalan lancar, dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran,” katanya kepada kepada media di sini, semalam.

Beliau juga berharap, para pelajar berusaha menjadi yang terbaik serta mendapat gred yang baik dalam peperiksaan supaya berpeluang melanjut pengajian ke pusat pengajian.

“Pada masa yang sama, saya berharap kerjasama erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurusan Sekolah.

“Ini kerana saya yakin sepakatan yang terjalin dapat meningkatkan mutu pendidikan seterusnya memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar,” ujarnya.

Tiong Sii menyampaikan sumbangan beg sekolah percuma untuk pelajar di kawasan Meradong, semalam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru