ARTIKEL

Sagah bergambar bersama penerima BAP yang disampaikan kepada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, hari ini

379,205 murid di Sarawak terima bantuan awal persekolahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBURAN: Sejumlah RM56.8 juta disalurkan kepada Sarawak bagi pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata, inisiatif tersebut memberi manfaat kepada 379,205 murid di 1,458 buah sekolah di semua daerah.

“BAP ini tidak terhad kepada mana-mana golongan tertentu sahaja tetapi diberikan kepada semua murid tanpa ada had pendapatan. 

“KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dengan ini menggesa ibu bapa atau penjaga dan murid yang menerima manfaat BAP 2024 untuk terus mendukung aspirasi dan inisiatif murni daripada Kerajaan Madani,” katanya berucap sempena Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 SK St Peter, Kampung Simpok di sini hari ini. 
 
Mengulas lanjut, Sagah berkata, BAP merupakan salah satu inisiatif keprihatinan KPM untuk merapatkan jurang pendidikan. 

Dalam hal ini, jelasnya, jurang pendidikan berupaya dirapatkan melalui pengurangan kadar keciciran ke sekolah dalam kalangan murid miskin, murid pedalaman, murid berkeperluan khas dan kumpulan minoriti. 

Baca lain  'PdPR perlu diteruskan sehingga selamat untuk PdP bersemuka'

“Saya yakin dan percaya bahawa bantuan ini mampu memastikan setiap murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk memulakan persekolahan dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum. 

“Selain meringankan beban kewangan ibu bapa atau penjaga, pemberian BAP ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus menimba ilmu sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. 
 
Sehubungan itu beliau berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan semua Pejabat Pendidikan Daerah atas komitmen memastikan kelancaran agihan BAP ini dengan tiada keciciran dan ketirisan sepanjang penyaluran bantuan ini. 

“Harapan saya semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ibu bapa atau penjaga dan murid,” ujarnya.

BAP mula diperkenalkan sejak tahun 2012 sebagai bantuan tunai one-off yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. 

Pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2024/2025 diteruskan dengan kadar sebanyak RM150 bagi setiap murid warganegara tanpa mengira had pendapatan ibu bapa/penjaga.
 
Belanjawan negara bagi tahun 2024 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM788,130,000 kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tujuan pengagihan BAP kepada semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.  

Baca lain  Pemansuhan PT3, bebanan guru mungkin bertambah

Sebanyak RM702,012,500 telah disalurkan kepada sekolah untuk diagihkan kepada murid sebelum cuti persekolahan akhir sesi 2023/2024 bermula. Agihan kepada murid Tahun 1 sesi persekolahan 2024/2025 akan dilaksanakan pada bulan Mac 2024.

BERITA LAIN

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,