Trending

39 bayi maut akibat kekurangan oksigen

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
EDITORS NOTE: Graphic content / Medics treat a baby in a hospital following Israeli airstrikes in Rafah, southern Gaza Strip, on October 13, 2023. Israel has called for the immediate relocation of 1.1 million people in Gaza amid its massive bombardment in retaliation for Hamas's attacks, with the United Nations warning of "devastating" consequences. (Photo by SAID KHATIB / AFP)

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.

Hospital itu yang terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan Israel baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

Serangan darat dan udara oleh Israel di Hospital Al-Shifa dan kawasan berhampiran berlanjutan selama enam jam, menurut saluran televisyen Palestin.

Pada Jumaat, pesawat Israel memperhebat serangan ke atas hospital di Semenanjung Gaza, termasuk sekitar Hospital Al-Shifa, Hospital Indonesia, Hospital Al-Awda, Hospital Al-Quds dan Hospital KanakKanak Al-Rantisi.

Sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 4,506 kanak-kanak dan 3,027 wanita setakat ini. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru