ARTIKEL

PENUTUPAN… Anggota APM melakukan kerja pembersihan di PPS Dewan Kampung Segong Singai hari ini.

393 mangsa banjir Kuching ditempatkan di PPS, satu PPS tutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu daripada empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak iaitu PPS Dewan Kampung Segong Singai, Bau, ditutup hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN) berkata, PPS itu mula dibuka pada jam 11.30 pagi semalam.

PENUTUPAN… Anggota APM melakukan kerja pembersihan di PPS Dewan Kampung Segong Singai hari ini.

“Seramai sembilan mangsa banjir dari kampung berkenaan ditempatkan di PPS tersebut dan ia telah ditutup pada jam 8.30 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara tiga lagi PPS iaitu PPS Dewan Masyarakat Stapok; PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah dan PPS Dewan R-Piang Kpg Sinar Budi Baru masih menempatkan seramai 393 mangsa setakat ini.

“Jumlah mangsa di PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah menunjukkan peningkatan kepada seramai 182 mangsa dari 48 keluarga, berbanding 32 keluarga sebelum ini,” ujarnya.

Pada masa sama kata laporan itu, seramai 43 keluarga melibatkan 151 mangsa daripada Kampung Desa Ria ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Stapok.

“Sementara itu, seramai 60 mangsa dari Kampung Sinar Budi Baru ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kpg Sinar Budi Baru,” jelasnya.

Dalam pada itu, 16 mangsa ribut daripada lima keluarga pula kekal ditempatkan di Balai Raya Assyakirin, Bintulu.

BERITA LAIN

Politik stabil, pelbagai agenda pembangunan lancar

BINTANGOR: Kestabilan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan pelbagai agenda pembangunan berteraskan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan. ADUN Meradong, Datuk Ding Koung

BERITA TERBARU

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan