4 terselamat, bot dinaiki pecah dipukul ombak

KUCHING: Sebuah bot nelayan dinaiki empat individu lelaki tempatan pecah dan tenggelam akibat dipukul ombak di perairan lebih kurang jarak 3.5 batu nautika dari Tanjung Po, semalam.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam sekitar jam 12.55 tengah hari.

Menurutnya, keempat-empat mangsa telah diselamatkan oleh sebuah bot kecil yang melalui kawasan kejadian sebelum membawa kesemua mangsa ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

“Kesemua mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 26 hingga 56 tahun pada awalnya telah diberikan rawatan awal dan keperluan asas oleh anggota maritim setibanya di jeti sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Bako.

“Pihak klinik juga mengesahkan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BANTU… keempat-empat mangsa dijamu makan dahulu sebelum dihantar ke klinik untuk pemeriksaan lanju

 

Suara Sarawak