Trending

40 pasukan berentap kejohanan futsal Simunjan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PENGERUSI...Mohamad Zaini.

SIMUNJAN: Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka sempena Pesta Simunjan Edisi III 2023 bermula Sabtu ini di Arena Sri Nancy, Simunjan.

Sekali gus, menyaksikan pertembungan 40 pasukan handalan bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan RM10,000.

Pengerusi Kejohanan, Mohamad Zaini Morshidi memberitahu, himpunan pasukan yang bertanding kali ini mewakili pelbagai kampung serta kelab-kelab dari Kuching, Samarahan dan kawasan sekitarnya.

“Sambutan begitu hebat sekali untuk saingan kali ini kerana kebanyakan pasukan yang turut serta mewakili pelbagai kelab dan kampung,” ujar Mohamad Zaini kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, format kejohanan secara liga kumpulan seperti yang ditetapkan sebelum ini.

“Setiap kumpulan menghimpunkan empat pasukan dan hanya dua pasukan teratas layak berentap di peringkat kalah singkir.

“Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 17 September nanti,” jelas Mohamad Zaini lagi.

Tambahnya, pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM4,000, piala dan pingat, manakala juara akan menerima wang tunai RM3,000 beserta piala dan pingat.

“Tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima wang tunai RM2,000 serta RM1,000 selain piala dan pingat,” ujarnya.

Kejohanan tersebut dianjur oleh Saberkas Cawangan Simunjan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Emmanuel Samarahan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru