ARTIKEL

40 PATI didakwa dan dihukum penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak telah mendakwa 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Mahkamah Sesyen Bintulu semalam.

JIM Sarawak menerusi kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan bahawa pendakwaan dilakukan di hadapan Hakim Leo Saga.

Seramai 22 individu didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dengan lima daripadanya dijatuhkan hukuman lima bulan penjara dari tarikh ditangkap sementara 17 individu lagi dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dari tarikh ditangkap berserta satu sebatan.

Manakala itu, 18 individu warga negara Indonesia dibicarakan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama.

Daripada jumlah tersebut, tiga individu dijatuhkan hukuman penjara dua bulan bermula dari tarikh ditangkap manakala 15 individu lagi dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Usai pendakwaan, kesemua tahanan yang terdiri daripada 32 lelaki dan lapan wanita dihantar ke Pusat Koreksional Bintulu dan Penjara Pusat Miri untuk menjalankan hukuman.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu yang disyaki PATI disarankan untuk hadir terus ke Pejabat Imigresen yang berdekatan dan mengemukakan maklumat berkaitan atau melalui saluran aduan online sedia ada.

Warga negara asing dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Bintulu untuk pendakwaaan semalam. – Foto: JIM Sarawak

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat