BINTULU: Seramai 40 orang Usahawan akan menyertai Karnival Usahawan IKS Sarawak Bintulu 2019 yang akan diadakan di Centre Court Street Mall, Bintulu Paragon di sini.
Karnival yang dijadualkan berlangsung dari 25 September sehingga 6 Oktober depan merupakan anjuran Persatuan Usahawan Kraf Sarawak.
Acara ringkas perasmian dijangka akan disempurnakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Intergriti Dan Ombudsman)merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) N67 Jepak Datuk Haji Talib Zulpilip pada 27 September, jam 7 malam.
Menurut Victoria Mujan Tuneh, konsep penganjuran karnival kali ini berlainan dari kebiasaan kerana karnival Jualan dan Promosi pada kali ini ianya lebih kepada Ceramah taklimat dan bengkel kemahiran pelbagai produk keluaran syarikat tempatan.
Beliau berkata pihak Persatuan Usahawan Kraf Sarawak telah menjemput beberapa agensi yang terlibat dan berkaitan rapat dengan bidang Keusahawanan untuk menjayakan karnival yang bakal diadakan itu.

Sebagai contoh, pihak Pejabat Daerah Bintulu yang berkaitan Pendaftaran lesen Perniagaan, Mara Daerah Bintulu, Tekun Nasional Parlimen Bintulu dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak Wilayah Bintulu, katanya.
Kita juga ada menjemput pihak Pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak dan Sarawak Craft Council yang berkaitan rapat dengan industri kraf negara untuk bersama-sama menjayakan sesi Ceramah dan Taklimat berkaitan keusahawanan.
Antara objektif Karnival Usahawan Iks Sarawak Bintulu 2019 adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para usahawan IKS Sarawak untuk mempromosikan produk keluaran mereka ke pasaran tempatan dan mencari jaringan pasaran untuk mengembangkan perniagaan,mencari ejen untuk memasarkan produk di setiap bahagian di negeri Sarawak khasnya.
Selain itu, ia juga bertujuan bagi mendedahkan semua usahawan IKS agar lebih peka kepada pembangunan produk dari segi kualiti, pembungkusan dan pelabelan produk keluaran agar memenuhi piawaian produk dari segi terma dan syarat untuk memasuki pasaran global.agar mampu berdaya bersaing dan bertahan di pasaran di samping merapatkan lagi hubungan usahawan dan pelanggan, ujarnya lagi.
Ini kerana usahawan akan bertemu pelanggan secara langsung sepanjang karnival berlangsung, tambah Victoria lagi.
Pada setiap hari akan diselitkan sesi taklimat/ceramah dari pelbagai Agensi yang berkaitan Usahawan.Tujuan sesi taklimat dan ceramah ini adalah untuk mendedahkan kepada Usahawan Sedia ada tentang dunia keusahawanan dan peluang yang di tawarkan untuk membantu para usahawan.
Usahawan kali ini akan membawa produk keluaran Syarikat masing-masing untuk. dijual dan dipromosikan melalui karnival yang akan berlangsung selamat 12 hari.
Aturcara program yang padat dan sangat menarik telah disusun untuk memeriahkan lagi karnival ini.Orang ramai adalah di jemput hadir secara percuma, katanya lagi.