ARTIKEL

400 delegasi sertai Persidangan Makanan Asean

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan Makanan Asean ke-17 2023 (AFC 2023) yang diadakan pada 24 hingga 27 Oktober ini dijangka menarik sekitar 400 delegasi melibatkan seluruh Asean.

Pengerusi Penganjur AFC 2023 merangkap Naib Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT), Sharidah Yusoff berkata, persidangan itu diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“Bertemakan Masa Depan Makanan di Asean: Apa Seterusnya?, persidangan itu bertujuan menyediakan platform untuk saintis makanan, penyelidik, profesional industri, penggubal dasar dan pelajar dari Asean.

“Ia akan menjadi wadah perbincangan dan perkongsian bersama-sama dalam penemuan penyelidikan, inovasi terkini, cabaran dan peluang dalam industri makanan di Asean,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, beliau berkata persidangan itu menampilkan ucaptama, syarahan, perbincangan panel, pembentangan lisan dan poster, bengkel serta pameran pendidikan berkaitan makanan.

Katanya, AFC 2023 juga menyediakan peluang unik kepada perwakilan untuk menjalin rangkaian, bekerjasama dan membentuk perkongsian baharu antara negara Asean.

“Pendaftaran untuk persidangan kini dibuka dan pihak yang berminat digalakkan untuk melayari laman sesawang persidangan di afc2023my.com. 

Untuk pertanyaan sila e-mel secretariat@ afc2023my.com.

“Acara ini turut disokong oleh Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia, Acara Perniagaan Sarawak, yang diuruskan oleh Place Borneo Sdn Bhd,” katanya.

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan