400 sukarelawan diperlukan untuk percubaan vaksin Covid-19 di Sarawak

KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak sedang merekrut seramai 400 sukarelawan untuk percubaan vaksin Covid-19 yang akan dilakukan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Pengarah Kesihatan Sarawak Dr. Chin Zin Hing berkata percubaan ini dijangka bermula pada awal hingga pertengahan Januari ini.
“Kami mengajak orang ramai untuk turut serta sebagai sukarelawan dalam percubaan vaksin Covid-19 ini, dan mereka mestilah sihat,” katanya yang dihubungi, hari ini.
Beliau berkata bagi yang berminat, boleh Whatsapp di nombor 012-3108108 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai percubaan ini.
Katanya pemilihan sukarelawan untuk penyertaan percubaan vaksin ini adalah berdasarkan permohonan terawal.

Suara Sarawak