Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

4,000 kes suami didera isteri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

ISTERI mendera suami mungkin satu kes yang tidak asing lagi di dunia ini lebih-lebih lagi apabila kes penceraian bintang Hollywood Johnny Deep dan Amber Heard hangat diperkatakan tahun lalu. Dalam kes penceraian mereka, pelakon filem Pirates Of Caribbean sebagai Captain Jack Sparrow itu memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber yang menyatakan bahawa Johnny selalu menderanya.

Namun, pada akhirnya rahsia terbongkar apabila Amber yang sering mendera Johnny secara mental dan fizikal melalui rakaman audio menjadi bukti penderaan terhadap mangsa. Selepas Johnny Depp memenangi kes saman fitnahnya, ramai netizen khasnya golongan lelaki memberi komen bahawa mereka turut menjadi mangsa penderaan oleh isteri ataupun kekasih mereka.

Berdasarkan statistik Kementerian Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak melaporkan pada tahun 2014 hingga 2016, 26 peratus daripada 15,617 kes keganasan rumah tangga melibatkan penderaan suami oleh isteri mereka. Daripada jumlah terbabit menunjukkan sekitar 4,000 kes penderaan suami oleh isteri mereka di negara ini sepanjang tempoh terbabit. Setakat ini, belum ada statistik terkini tentang penderaan suami oleh isteri dikeluarkan oleh negara kita.

Antara contoh penderaan fizikal yang dialami suami oleh isteri mereka ialah dipukul menggunakan penyapu, mop, ditendang serta ditampar berulang kali. Bagi penderaan mental pula apabila isteri merajuk sehingga tidak bercakap dengan suami berbulan-bulan dan tidak melakukan hubungan intim, penderaan dari segi mengawal pergerakan suami dengan tidak membenarkan bertemu dengan ibu bapa dan adik beradik yang lain, mengawal hasil pendapatan suami dengan mengambil kesemua gaji atau hasil yang diterima dan sebagainya.

Penderaan seperti ini sama seperti penyakit mental, para suami memilih untuk berdiam diri dan menyimpan segala rahsia tersebut sendirian kerana enggan dianggap lemah memandangkan kes isteri dera suami jarang dilaporkan. Selain itu, ramai lelaki mempunyai ego yang tinggi dan enggan maruah mereka tercalar sekiranya melaporkan kes penderaan oleh isteri mereka sendiri.

Dalam konteks isteri mendera suami, sama seperti kes dera yang lain, lelaki berisiko mengalami masalah mental seperti kemurungan dan keresahan dan jika tidak diberi perhatian mereka lebih cenderung bertindak agresif seperti bunuh diri atau mencederakan orang lain. Di Sarawak, terdapat beberapa kes yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana mencederakan suami.

Sebagai contoh, awal September tahun lalu seorang wanita dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret kerana menumbuk suaminya yang tidak membenarkan nama anak mereka sebagai penjamin membeli kereta baru. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Sekyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan secara bersama Seksyen 326A akta yang sama, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam konteks undang- undang, ramai yang beranggapan bahawa Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang dipinda pada 2012 hanya memberi pelindungan terhadap kaum wanita. Namun, hakikatnya ia juga bertujuan melindungi suami daripada penderaan domestik. Oleh itu, amat penting kita sebagai masyarakat mengetahui hak-hak kita bagi kes-kes melibatkan jenayah seperti ini.

Kesimpulannya, kita tidak berpihak kepada mana-mana golongan, isu penderaan suami atau isteri tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja melibatkan kes penderaan fizikal, malah meningkatkan risiko masalah sakit mental. Jika anda mengenali mana- mana rakan atau kenalan lelaki anda yang didera oleh isteri mereka hendaklah diberikan bantuan bukan mempersenda mangsan. Kesedaran masyarakat juga amat penting tentang kes penderaan seperti ini kerana bukan wanita sahaja menjadi mangsa dera malah kaum lelaki juga berisiko.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru