Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

409 positif, dua warga emas korban baharu Covid-19 di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto fail

KUCHING: Sarawak merekodkan 409 kes baharu positif Covid-19 dengan dua kematian melibatkan warga emas, hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 64,233.

“Sibu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 75, diikuti Kuching (65), Sarikei (35), Tebedu (31), Mukah (28), Bintulu (23), Kanowit (23), Miri (22), Song (12), Kapit (11), Telang Usan (10), Saratok (9) dan Sri Aman (9).

“Manakala, Lubok Antu (8), Tatau (8), Subis (7), Samarahan (7), Sebauh (5), Bukit Mabong (5), Pakan (4), Simunjan (2), Betong (2), Selangau (2), Lundu (1), Tanjung Manis (1), Bau (1), Meradong (1), Serian (1) dan Pusa (1),” kata JPBN menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan dua kes kematian yang dilaporkan hari ini masing-masing satu kes dari Hospital Sarikei dan Hospital Kapit.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News