ARTIKEL

ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamatkan mangsa.

41 pengunjung terperangkap berhampiran Rumah Untang, Sungai Yong akibat kepala air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Seramai 41 pengunjung yang berkhemah di kawasan tebing sungai berhampiran Rumah Untang, Sungai Yong, Bukit Goram dekat sini dilaporkan terperangkap akibat fenomena kepala air yang berlaku malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam itu, kumpulan pengunjung terbabit dikatakan datang dari Bintulu untuk berkhemah di kawasan seberang sungai berkenaan sebelum cuaca hujan lebat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat
(BBP) Kapit Timoty Barat berkata, pihaknya mendapat maklumat berkaitan orang awam terperangkap di kawasan terbabit pada jam 8.32 malam.

MANGSA terlibat diambil butiran oleh anggota bomba

“Kita dimaklumkan seramai 41 mangsa termasuk 20 orang dewasa dan 21 kanak-kanak terperangkap di kawasan seberang Sungai Yong.

“Pihak bomba dibantu pasukan polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan dengan operasi menyelamatkan semua mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Timoty berkata, operasi memindahkan semua mangsa mengambil masa lebih kurang satu jam dan operasi selesai pada jam 9.56 malam.

“Kesemua mangsa tiada mengalami sebarang kecederaan dan setelah memastikan keadaan sekitar selamat PKO bertolak balik ke balai,” katanya.

Baca lain  RM48 juta untuk Pulau Bruit

Seramai lapan anggota bomba dari BBP Kapit dan dibantu oleh dua orang polis dan empat anggota APM dalam operasi tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU