ARTIKEL

4,119 pelajar sekolah Palestin terkorban di Gaza sejak 7 Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sekurang-kurangnya 4,119 pelajar sekolah Palestin terkorban dan 7,536 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Pendidikan Palestin pada Selasa.

Selain pelajar di Gaza, tentera Israel turut membunuh 37 pelajar dan mencederakan 282 yang lain di Tebing Barat yang diduduki sejak perang bermula pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

Menurut kenyataan itu, tentera Israel turut menyebabkan kematian 221 guru dan kakitangan pendidikan dan mencederakan 703 yang lain.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim