ARTIKEL

416,000 pelajar di Sarawak memulakan persekolahan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah 416,000 pelajar tahun satu sehingga tingkatan enam telah memulakan sesi pertama persekolahan mereka pada hari ini.

Terdapat 1459 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Sarawak.

Foto UKAS

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa tiada sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) formal di kelas pada minggu pertama persekolahan pada tahun ini.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Datu Dr. Azhar Ahmad pada minggu pertama ini para pelajar akan mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan daripada pihak sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Datu Dr. Azhar Ahmad

Ini bertujuan membiasakan murid kembali ke sekolah dan membina pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk meneruskan pendidikan mereka dalam tempoh yang selanjutnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam program ‘First Day At School’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya di Kuching pagi ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU