ARTIKEL

PRIHATIN... Ruslan (dua kiri) menyampaikan bakul makanan sumbangan Yayasan Bintulu Port Holdings Berhad kepada seorang penerima.

42 keluarga dapat bantuan Program Safari Ramadan Yayasan Bintulu Port

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 42 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Hulu Nyalau di sini menerima sumbangan bakul makanan daripada pihak Bintulu Port Holdings Berhad menerusi Yayasan Bintulu Port sempena program Safari Ramadan dan iftar bersama komuniti setempat pada Rabu lalu.

Turut disampaikan adalah peralatan siaraya kepada Jawatankuasa Masjid Darul Ibadah Kampung Hulu Nyalau.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, Ruslan Abdul Ghani.

Dalam ucapan ringkasnya, Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat merangkap Pengerusi Program Safari Ramadan, Maslihah Tioh, berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah Yayasan Bintulu Port.

“Program ini merupakan inisiatif Bintulu Port untuk merapatkan hubungan dengan komuniti dan membantu golongan yang memerlukan melalui sumbangan yang diberikan,” katanya.

Menurutnya, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti me masak bergotong-royong dan menyediakan bubur pedas untuk berbuka puasa antara kakitangan syarikat dengan penduduk kampung.

MERIAH… Ruslan (Tengah) menyertai acara gotong royong penyediaan juadah berbuka puasa sempena program Safari Ramadan Bintulu Port Holdings Berhad di Balai Raya Kampung Hulu Nyalau.
Maslihah Tioh

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau