KUCHING: Sarawak penyumbang terbesar kehijauan di Malaysia iaitu sebanyak 42 peratus atau 7.7 juta hektar daripada keseluruhan di Malaysia.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, jika bukan kerana Sarawak, Malaysia tidak dikenali sebagai negara yang mengekalkan kehijauan.
“Malah, industri perkayuan di Sarawak bermula pada 1886 dan menjadi sumber penting dalam pembangunan sosioekonomi Sarawak hingga kini.
“Satu hingga dua kitaran pembalakan selektif seperti kayu kapu dan meranti semakin berkurangan,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sarawak di Bukit Siol, Petra Jaya di sini semalam.
Sehubungan itu kata Abang Johari, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM62 juta untuk aktiviti penanaman pokok dan baik pulih landskap hutan.
…..Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Mac 2021