ARTIKEL

42,000 pelajar hamil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DAR ES SALAAM (Tanzania): Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaru oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.

Menurut laporan CAG 2021/2022 yang dibentangkan di parlimen di Dodoma, daripada 42,954 pelajar yang hamil, 23,009 terdiri pelajar sekolah menengah dan 19,945 murid sekolah rendah, lapor Xinhua.

Pelajar sekolah menengah yang hamil menyumbang 28 peratus daripada 82,236 pelajar yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021.

Menurut laporan itu, sekolah menengah yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai hamil adalah dari perbandaran Kinondoni di wilayah Dar es Salaam iaitu seramai 4,652 orang, diikuti di wilayah Mtwara seramai 3,783 dan di wilayah Mwanza seramai 2,570.

Bagi sekolah rendah, bilangan murid paling ramai hamil dilaporkan di daerah Kwimba iaitu 9,045 orang diikuti di daerah Uvinza seramai 2,172 orang, menurut laporan itu.-Bernama/Xinhua

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.