KUCHING: Mangsa banjir meningkat kepada seramai 4,222 orang daripada 1,127 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kawasan terjejas ialah Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.
Katanya di Kuching, sebanyak 30 PPS telah dibuka bagi menempatkan seramai 2,865 mangsa daripada 722 buah keluarga.
Manakala di Serian, 10 PPS dibuka yang menempatkan seramai 1,014 mangsa daripada 296 buah keluarga.
Di Kota Samarahan pula, seramai 314 mangsa telah dipindahkan ke tujuh PPS.
Sementara di Miri, seramai 29 mangsa dari dua buah keluarga masih ditempatkan di dua PPS.
Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh ini, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my