Kolej Vokasional Bintulu wujudkan kerjasama strategik dengan 11 pemain industri

BINTULU: Kolej Vokasional Bintulu hari ini memeterai Memorandum Persefahaman(MoU) dengan sebelas pemain industri untuk pelaksanaan program antaranya dalam bidang teknologi pembinaan, kosmetologi, teknologi elektrik, teknologi elektronik, pengurusan perniagaan, teknologi pemesinan industri dan seni reka fesyen.

Sebelas industri terbabit, masing-masing Nguan Jin Enterprise, Geospec Pemasaran Sdn Bhd dan Sunmow Construction Sdn Bhd bagi teknologi  pembinaan, Triple Strength Sdn Bhd dan Remix Techlogies Sdn Bhd bagi seni reka fesyen, Angelina Wellness Centre, Fanz Skin & Body Care Sdn Bhd dan D’touch Beauty Skills and Academy(kosmetologi), Ikhwan Electrical Works Enterprise Sdn bhd(teknologi elektrik, pengurusan perniagaan), TST System Engineering Sdn Bhd (teknologi elektronik) serta Serba Mahir Sdn Bhd bagi teknologi eletrik, Teknologi pemesinan industri dan Pengurusan Perniagaan.

Acara ringkas menandatangani MoU terbabit disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tanjung Batu, Chiew Chin Sing.

Pengarah kolej berkenaan, Jamali Mohamad berkata pemeteraian MoU tersebut bagi membolehkan kerjasama dengan lebih sistematik lagi antara pihak kolej dengan pemain industri.

Katanya, pihak kolej akan terus komited dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan khususnya dalam bidang Vokasional dan kemahiran.

Suara Sarawak