KUCHING: Seramai 428 orang pelajar daripada 32 buah sekolah di Sarawak tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan positif Covid-19.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah tersebut, seramai 414 pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan disebabkan PKPD manakala 14 pelajar disahkan positif Covid-19.
“205 orang adalah pelajar lelaki dan 223 orang pelajar perempuan,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian dalam sidang media perkembangan Covid-19 di bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) lama di sini, hari ini.