ARTIKEL

43 acara sukan di Sukan SEA 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) meluluskan lima sukan tambahan bagi Sukan SEA 2027, menjadikan keseluruhan 43 sukan dipertandingkan.

Lima sukan itu ialah sukan tarian, hoki ais, kabadi, padel dan teqball, selepas Majlis SEAGF mempertimbangkan 30 rayuan daripada negara anggota.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Datuk Mohd Nasir Ali berkata keputusan itu memuktamadkan program sukan dan tiada lagi penambahan akan dibuat.

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dijangka mengumumkan senarai penuh disiplin serta acara pingat pada September ini.

MASOC kini mengenal pasti venue bagi lima sukan baharu itu, dengan kebanyakan acara dijangka berlangsung di Kuala Lumpur, manakala beberapa acara sedang dibincangkan untuk diadakan di Sarawak dan Pulau Pinang seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan