Trending

430 notis dikeluarkan JPJ sepanjang Op Gawai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak mengeluarkan 430 notis ketidakakuran kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Gawai 2023.

Sebanyak 4,670 kenderaan diperiksa sepanjang Op Gawai bermula 29 Mei hingga 4 Jun.

Menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook, operasi tersebut melibatkan semua cawangan JPJ Sarawak yang bermula pada 29 Mei hingga 4 Jun yang lalu.

“Antara kesalahan yang dikesan sepanjang operasi ini adalah seperti tidak mengguna tali pinggang keledar, memotang di garisan berkembar, tiada lesen memandu, ubah suai kenderaan dan lain-lain kesalahan,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 4,670 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi.

Dalam pada itu, katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memastikan kenderaan yang digunakan mematuhi undang-undang yang dibenarkan.

Beliau berkata, pihak JPJ akan sentiasa melakukan penguatkuasaan secara berfokus dalam memastikan pengguna patuh kepada peraturan dan undang- undang sedia ada.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru