ARTIKEL

44 penghuni sehelai sepinggan, 9 rumah terbakar di Kampung Bintawa Hilir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tahun baharu yang suram bagi 44 orang penghuni di Lorong 13, Kampung Bintawa Hilir di sini apabila rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Sebanyak tujuh buah rumah musnah sepenuhnya dalam kejadian kira-kira jam 1.31 pagi itu sementara dua buah rumah lagi terbakar 30 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian dan dibantu BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan.

“Komander operasi melaporkan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba serta sumber air terbuka iaitu dari air sungai berhampiran dan bantuan dari jentera water tangker.

“Pasukan pemadam menggunakan teknik pemadaman ofensid dan defensif dengan
membentang 300 kaki dua nozel dari pam angkut serta 300 kaki empat pancutan dan satu salur bantu mula dari BBP Petra Jaya manakala BBP Tabuan Jaya membentang satu aliran 200 kaki dua nozel dan satu aliran salur bantu mula untuk mengawal kebakaran dari merebak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PGO berkata, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

PADAM….Anggota bomba memadam sisa kebakaran

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta