ARTIKEL

446 pusat kuarantin mampu tampung lebih 19,000 individu – KP Kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Terdapat 446 pusat kuarantin di seluruh negara dengan kapasiti boleh menampung lebih 19,000 individu setakat ini bagi usaha mengekang penularan wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya, kemudahan itu mencukupi sebagai persiapan untuk mengkuarantin rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang memasuki negara ini.

“Sebelum ini pun, kita dapat menampung lebih 4,000 individu termasuk 2,100 jemaah tabligh yang sedang dikuarantin selama 14 hari ketika ini,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang memasuki negara ini diwajibkan menjalani kuarantin, bermula hari ini.

Arahan itu melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, mengulas mengenai prosedur operasi standard (SOP) di pusat kuarantin, Dr Noor Hisham menjelaskan setiap pesakit ditempatkan di bilik masing-masing dan tidak dibenarkan bergaul sesama mereka sepanjang berada di kawasan berkenaan.

“Mereka tidak sepatutnya bercampur dengan orang lain…ada bilik masing-masing malah makanan pun akan dihantar ke bilik.

“Jika ada yang bergejala, kita akan ambil swab dan buat pemeriksaan. Sekiranya positif, mereka akan dihantar terus ke hospital,” jelasnya.

Bagi kuarantin warga Sabah dan Sarawak yang transit di lapangan terbang sebelum ke kedua-dua negeri berkenaan, beliau berkata mereka boleh terus pulang ke negeri masing-masing untuk dikuarantin di tempat asal mereka.

“Mereka mempunyai pilihan…pulang dan kuarantin di sana selama 14 hari. Jika tidak, kuarantin selama 28 hari (14 hari di Semenanjung dan 14 hari di Sabah atau Sarawak),” katanya.  – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu