KUCHING: Seramai 446,921 pelajar di Sarawak telah mendaftar untuk sesi persekolahan yang bermula hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), jumlah kanak-kanak prasekolah yang telah lulus pendaftaran adalah seramai 22,959 orang (tidak termasuk pendaftaran lewat).
Untuk murid tahun satu pula, seramai 238,183 (enrolmen keseluruhan) orang murid akan bersekolah di 1,265 buah sekolah rendah seluruh negeri.
Jumlah ini merangkumi 36,341 murid yang telah didaftar untuk kemasukan
ke tahun satu.
Bagi murid sekolah menengah, seramai 185,779 orang murid akan meneruskan persekolahan pada sesi 2020 dari peringkat kelas peralihan hingga tingkatan lima ditempatkan di 193 buah sekolah menengah seluruh Sarawak.
Jumlah ini termasuk seramai 39,993 orang murid tahun enam yang akan meneruskan persekolahan di peringkat menengah.
Sarawak mempunyai 72 buah sekolah pusat tingkatan enam di
sekolah menengah harian (MOD 2 dan MOD 3), sebuah pusat tingkatan enam MOD 1 (Kolej Tingkatan Enam Saratok) yang menawarkan aliran Sains dan aliran Sains Sosial.
Di samping itu, enam buah sekolah menengah agama menawarkan sebanyak 20 kelas aliran Agama (MOD 2 dan MOD 3). Selain itu, 127 buah kelas aliran Sains, 462 buah kelas aliran Sains Sosial di Sekolah
Menengah Harian Biasa/ Bestari.