ARTIKEL

45 kali veto

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TERBARU, 142 negara daripada 193 ahli Majlis Umum PBB mengundi menyokong Palestin menjadi anggota penuh PBB dalam pengundian 10 Mei (Jumaat lepas) di New York.

Ketika resolusi diluluskan, sekali lagi AS dan Israel tetap menolak cita-cita Palestin itu, cuma melalui saluran ini AS tidak dapat menggunakan vetonya.

Bersama-sama AS dan Israel pada Majlis Umum itu negara yang turut menolak keinginan Palestin menjadi anggota penuh PBB ialah Argentina, Czech, Hungary, Micronesia, Nauru, Palau dan Papua New Guinea.

Sebanyak 21 negara mengambil pendekatan berkecuali dalam pengundian tersebut.

Negara penyokong resolusi yang mahu Palestin menjadi anggota penuh PBB menggesa Dewan Keselamatan PBB mempertimbangkan semula isu ini dengan baik.

Masih ingat 18 April lepas?

AS sekali lagi menggunakan kuasa veto di Dewan Keselamatan PBB yang dianggotai 15 negara atas usaha yang sama bagi Palestin meminta untuk menjadi anggota penuh PBB.

Pada pengundian tersebut, 12 negara menyokong, manakala United Kingdom dan Switzerland berkecuali.

“Kami menginginkan perdamaian, kami menginginkan kebebasan,” kata Duta Besar Palestin untuk PBB, Riyad Mansour, kepada Majlis Umum sebelum pungutan suara, sebagaimana dilaporkan AFP.

PIAGAM PBB

Mansour menegaskan di bawah Piagam PBB, keanggotaan terbuka untuk “negara yang mencintai perdamaian”.

Sementara itu, Duta Besar Israel untuk PBB, Gilad Erdan, seperti dilapor Reuters, menuding Majlis Umum cuba merobek Piagam PBB.

Bagi Duta Besar AS untuk PBB, Robert Wood, bahawa tindakan sepihak di PBB dan di lapangan tidak dapat memajukan solusi dua negara antara Israel-Palestin.

AS melalui ucapan Duta Besarnya mengatakan “pungutan suara tidak mencerminkan penentangan ke atas kenegaraan Palestin; kami sangat jelas menyokongnya dan berusaha memajukannya secara bermakna.”

Lalu, jika terlepas saringan di Majlis Umum, resolusi ini sekali lagi perlu melintasi pengundian Majlis Keselamatan untuk berdepan dengan beberapa negara yang mempunyai kuasa veto; selain AS ialah Inggeris, Perancis, China dan Rusia.

AS sudah berulang kali menggunakan kuasa veto menghalang cadangan tersebut ketika majoriti anggota lain bersetuju.

Mampu terlepaskan resolusi ini akan datang daripada veto AS?

Seperti veto yang lepas, persoalannya, jika melalui saluran antarabangsa, Palestin mudah dibuli, bagaimana AS masih berpandangan bahawa jalan paling cepat menuju kenegaraan bagi rakyat Palestin adalah melalui perundingan langsung antara Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin dan bukan melalui tindakan PBB dengan sokongan AS?

RESOLUSI

Wood menganggap resolusi dua negara hanya dapat dilaksanakan melibatkan perbincangan langsung antara kedua-dua pihak.

Secara kritis, bagaimana perbincangan kedua-dua pihak bertelagah dapat diselaraskan, sementelahan di meja resolusi awal-awal lagi ada pihak mengambil pendekatan meremehkan cadangan secara teori.

Pada veto April lepas, Presiden Palestin menyifatkan langkah itu tidak adil, tidak beretika dan tidak wajar, mencabar kehendak masyarakat antarabangsa dan menganggap veto AS menggalakkan kesinambungan perang genosid Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis yang diduduki.

Beliau juga menekankan veto mendedahkan percanggahan dalam dasar AS, yang mendakwa menyokong penyelesaian dua negara dalam konflik Palestin-Israel.

Pada 2012, Palestin diterima secara majoriti menjadi negara pemerhati PBB bertaraf bukan anggota atau anggota tetap yang membolehkan utusannya mengambil bahagian dalam perbahasan dan organisasi PBB, tetapi tiada hak mengundi.

Dan ketika pengundian itu, sebanyak 138 dari 193 anggota Majlis Umum PBB mengundi “Ya”, sembilan memilih “Tidak” dan 46 berkecuali.

Harus diingat dalam senarai yang mengundi “Tidak” itu termasuklah nama AS, Israel dan Kanada serta negara Kepulauan Pasifik.

MERDEKA

Palestin dan Vatican berstatus pemerhati bukan anggota, dan status ini pertama tama kali pernah dipegang oleh Swiss untuk jangka masa panjang.

Perjuangan ke arah Palestin merdeka sudah bermula 1947 dengan resolusi memutuskan Palestin “dibahagi menjadi dua negara”.

Melalui pengundian ketika itu, 33 daripada 57 anggota Majlis Umum PBB bersetuju mengundi “Ya”.

Betapa pun, pada 1949 Israel diterima sebagai anggota penuh PBB yang ke-59.

Sejak 2011, Palestin melobi dan memohon menjadi anggota tetap PBB dan semua orang tahu AS berulang kali menggunakan hak vetonya menolak usul tersebut.

AS direkod menggunakan veto lebih 45 kali daripada 89 hak veto pernah digunanya pada Majlis Keselamatan untuk membatal resolusi yang kritis berkaitan Israel.

Menyelesaikan pertikaian Palestin-Israel, pakar mengatakan dengan merdekanya Palestin, zon bergolak itu akan lebih aman.

Akankah Palestin merdeka hasil resolusi dua negara serta menjadi anggota tetap PBB setelah mendapat lampu hijau Majlis Keselamatan dan undi majoriti dua pertiga anggota dalam Perhimpunan Agung!

BERITA LAIN

Kita saling mengingati

PADA minggu depan minggu terakhir 20 pelatih universiti akan menamatkan latihan industri di organisasi kami. Sesungguhnya kami berbangga kerana menjadi pilihan universiti meletakkan pelajar mereka

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

BERITA TERBARU