ARTIKEL

Sebahagian daripada 45 warga asing yang ditahan dalam serbuan Unit Penguatkuasa Imigresen(UPI) Bahagian Bintulu, baru- baru ini.

45 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Unit Penguatkuasa Imigresen(UPI) Bahagian Bintulu menahan 45 warga asing Indonesia susulan serbuan ke atas sepuluh premis di sekitar bandar Bintulu dan Tatau, baru- baru ini.

Dalam operasi yang bermula pada pukul 11 malam pada Selasa(30 April) hingga Rabu(1 Mei) yang tertumpu di premis rumah pekerja ladang, rumah kebun, kilang baja, kilang memproses kayu, premis makanan dan pusat refleksologi, seramai 91 individu telah diperiksa.

Daripada jumlah tersebut, seramai 45 individu pelbagai warganegara telah ditahan di sekolah lokasi berbeza,” demikian menurut kenyataan Jabatan Imigresen Sarawak.

Kesemua individu yang ditahan akan didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana telah melakukan pelbagai kesalahan seperti tinggal melebihi masa, penyalahgunaan pas serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Serbuan dibuat susulan aduan dan maklumat daripada orang awam bagi mengekang kehadiran warga asing yang tinggal di negara ini tanpa pas yang sah.

Jabatan Imigresen Sarawak juga menasihati majikan dan pekerja warga asing untuk memohon pas lawatan kerja yang sah dan bersesuaian selaras dengan peruntukan undang-undang Malaysia.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kehadiran individu-individu yang disyaki adalah dimohon untuk melaporkan atau menyalurkan terus maklumat berkaitan ke Pejabat Imigresen yang berdekatan atau melalui saluran aduan dalam talian(online) sedia ada.

Sebahagian daripada 45 warga asing yang ditahan dalam serbuan Unit Penguatkuasa Imigresen(UPI) Bahagian Bintulu, baru- baru ini.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)