Trending

450 lembu baka Australia dijual sempena Hari Raya Korban

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebanyak 450 ekor lembu jenis berkualiti tinggi baka kacukan Brahman, Angus, Limousin, dan Simmental yang diimport dari Australia sedia untuk dijual sempena Hari Lelong Lembu di Kompleks Abbatoir Halal Siburan.

Acara julung kali diadakan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bersempena sambutan Hari Raya Korban itu yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Martin Ben berkata, lembu yang dijual adalah dalam kategori besar lingkungan 500 kg hingga 600 kg berat badan hidup dengan harga yang menarik.

“Para pembida berpeluang melihat dan memilih lembu berkenaan dari kandang yang disediakan di dalam kompleks Halal Abattoir ini.

“Jumlah lembu kategori besar adalah 450 ekor dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut saiz,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Bidaan Lembu yang berlangsung di sini, hari ini.

Menurutnya, aktiviti ini membolehkan penjual dan pembeli bertemu sekali gus mempromosikan kelebihan ternakan ruminan Sarawak boleh dieksport ke mana sahaja.

Sementera itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud mengesahkan bekalan lembu menjelang Hari Raya Korban di Sarawak kini mencecah 1,500 ke 2,000 permintaan.

Turut hadir majlis, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru