ARTIKEL

KUALA LUMPUR, 18 April -- Orang ramai mula membuat persiapan Aidilfitri dengan membeli bahan mentah seperti daging ketika tinjauan fotoBernama di pasar tani sekitar ibu kota hari ini. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka sejumlah 103 pasar tani di seluruh negara bagi melaksanakan Jualan Khas Syawal Madani mulai 15 April yang lalu. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Abdul Rashid Bahri, yang menanggung kerja Ketua Pengarah FAMA, berkata pasar tani itu yang memfokus kepada jualan barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri, akan beroperasi selama enam hari hingga 20 April dengan harga barangan yang berpatutan. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

450 lokasi PJR sepanjang Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PAPAR: Sebanyak 450 lokasi Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan akan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan dan keperluan rumah yang lebih murah dengan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus.

Memetik Sinar Harian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya mengambil inisiatif memperluaskan program baharu itu di bawah agenda Payung Rahmah Madani melalui pelaksanaan PJR tersebut bermula pada 1 Ramadan

. “Dalam PJR Ramadan ini, kita masih mengamalkan konsep barang yang ditawarkan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.

“Selain itu, perlaksanaan program ini turut menumpukan jualan barang basah keperluan untuk memasak dan juga barang yang diperlukan untuk bulan Ramadan dan seterusnya menghadapi hari raya seperti tepung, daging, ikan dan ayam,” katanya selepas melancarkan PJR Madani di Padang Kawad Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, bekalan produk tersebut adalah melibatkan kerjasama daripada agensi kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Baca lain  MEDAC komited bantu usahawan, koperasi terjejas

“Kita berharap semua masyarakat melayari atau menyemak jadual 450 lokasi siri PJR Ramadan melalui pautan laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/ jualan-rahmah untuk mengetahui lokasi program ini,” ujarnya.

Katanya lagi, sepanjang Ramadan ini terdapat dua program utama yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN iaitu PJR Ramadan dan juga bazar Ramadan.

“Program bazar Ramadan saya telah minta Timbalan Menteri KPDN membuat perasmian dan mengumumkan apa inti pati atau pengisian program tersebut,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU