ARTIKEL

46 individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 46 individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditangkap di seluruh negeri dalam tempoh 24 jam dari 8 pagi semalam sehingga 8 jam pagi, hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.m Sree berkata, Miri direkodkan dengan jumlah tangkapan tertinggi sebanyak 12 orang, diikuti Kuching (11), Sibu (8), Saratok (3), Kota Samarahan (2), Sri Aman (2), Limbang (2), Dalat (2), manakala Serian, Lawas dan Sarikei masing-masing satu tangkapan.

Menurutnya, jumlah tangkapan sehingga operasi PKP hari ke-13 sekaligus merekodkan sebanyak 276 tangkapan PKP secara keseluruhan di Sarawak.

Dedahnya, 83 individu yang ditahan telah dituduh mulai pada 18 Mac 2020 lalu.

“31 individu yang dituduh daripada Sibu, diikuti Padawan(13), Miri(7), Dalat(7), Sarikei(6), Lawas(6), Matu Daro(6), Kuching(4), Kota Samarahan(2) dan Bintulu(1),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, kesemua individu yang ditahan ditangkap di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Temlat Jangkitan 2020).

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Dev sekali lagi mengingatkan orang awam untuk mematuhi PKP dan duduk sahaja di rumah sekiranya tiada hal yang mustahak untuk berada di luar terutamanya jalan raya atau di tempat awam.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU