NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

46 masjid dan surau di kawasan Pantai Damai terima dana pengurusan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Abdul Rahman menyampaikan dana pengurusan kepada Pengerusi Masjid Darul Hana Khairul Anwar dalam program penyampaian dana pengurusan Masjid dan Surau untuk kawasan Pantai Damai, di Masjid Darul Hana di sini, Kelmarin.

KUCHING: Sebanyak 46 buah masjid dan surau di kawasan Pantai Damai menerima dana pengurusan untuk tahun 2021, hari ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, program penyerahan dana tersebut diadakan secara tahunan untuk memudahkan pengurusan masjid dan surau termasuk menganjurkan aktiviti.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

“Hari ini, kita menyerahkan dana pengurusan kepada sembilan masjid dan 37 surau di kawasan Pantai Damai.

“Sehubungan itu, setiap masjid menerima dana sebanyak RM8,000 manakala surau pula masing-masing menerima RM5,000,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Adun Pantai Damai itu berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program penyampaian dana pengurusan Masjid dan Surau untuk kawasan Pantai Damai, di Masjid Darul Hana di sini, hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru