
ASAJAYA: Sebanyak 46 pasukan kini beradu nasib untuk memburu gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir, Asajaya (Piala Pusingan ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah) Edisi Ke-54.
Himpunan pasukan terbabit mewakili pelbagai kelab dan kampung sekitar Kuching, Samarahan, Serian serta kawasan berhampiran.
Presiden Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Jalek Jafar berkata, saingan bermula pagi tadi dan menyaksikan beberapa perlawanan telahpun berlangsung.
Aksi pasukan Tambirat Legasi mencuri tumpuan apabila berjaya mara ke pusingan kedua selepas menumpaskan Kesama A (2-0).

Turut mara ke pusingan kedua ialah Melayu FC yang mencatat kemenangan tipis (2-1) keatas Rimba Padi.
Ia diikuti pasukan Mix FT A yang berjaya menumpaskan JHM dengan jaringan (1-0).
Di samping Tambay United yang berjaya menumpaskan KBSB B (4-3) menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua terikat tanpa jaringan.
Sementara itu, sebentar tadi turut berlangsung majlis perasmian kejohanan itu yang telah disempurnakan Penaung KBSB, Datuk Abdullah Julaihi.
Kejohanan tertua di negeri Sarawak itu yang mula diperkenalkan pada tahun 1967 seperti biasa dianjur oleh pihak KBSB dengan mendapat sokongan pihak Lea Sports Centre (LSC) selaku penaja.