ARTIKEL

TAHAN… pendatang asing tanpa izin diiringi anggota petugas tentera selepas ditahan di jalan tikus berhampiran sempadan negara di Biawak.

47 PATI diusir pulang, cuba masuk guna laluan tikus selepas cuti Aidiladha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cubaan 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk menerusi jalan tikus berhampiran sektor Pos Gabma, Biawak gagal selepas tindakan mereka berjaya dikesan pasukan operasi Sub-Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri, di sini, hari ini.

Jurucakap Markas 1 Divisyen berkata, kesemua PATI terbabit ditemui bergerak secara tiga kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada tujuh, manakala kumpulan kedua dan ketiga masing-masing terdiri daripada 20 orang.

Hasil soal siasat lanjut katanya, kesemua PATI mengaku dalam perjalanan masuk ke Malaysia untuk bekerja sebagai kontraktor atau peladang di negara ini.

PERIKSA..Kesemua PATI diperiksa bagi memastikan mereka tidak membawa barang terlarang atau berbahaya.

“Hasil tafsiran sumber perisikan TD, mereka (PATI) pulang ke Sarawak untuk bekerja setelah tamat meraikan cuti Hari Raya Aildiladha,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek masing-masing berusia lingkungan 18 hingga 56 tahun.

Tegasnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua PATI tidak membawa barang larangan atau bahaya.

Manakala nilai barangan yang dibawa PATI ketika kejadian berupa wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian dianggarkan bernilai RM29,430 secara keseluruhan.

Jelas kenyataan itu, kesemua PATI seterusnya dibawa ke sempadan negara untuk tindakan pengusiran.

Sejurus selepas itu, laporan polis berkenaan kes turut dilakukan di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU