ARTIKEL

47 pendaki terkandas di gunung berapi Sumatera Barat yang meletus pada Ahad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.

Beliau berkata 19 pendaki berjaya turun dengan bantuan penyelamat, manakala 28 lagi masih terperangkap di gunung setinggi 2,891 meter itu, yang kali terakhir meletus pada Januari.

Awan abu dengan cepat menutupi kawasan seluas tiga kilometer dari kawah puncak Gunung Marapi, mengakibatkan hujan abu dan batu jatuh di pelbagai tempat di daerah Agam.

“Pasukan penyelamat bersama sedang giat mencari dan membantu mereka yang masih berada di gunung,” katanya dalam satu kenyataan.

Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Agam yang diketuai oleh Bambang Warsito menjelaskan bahawa laporan mengenai kematian seorang pendaki masih belum disahkan dengan berkata: “Ia belum jelas dan belum disahkan.”

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan tanpa maklumat sahih.

Kedua-dua agensi pengurusan bencana Agam dan Tanah Datar meminta orang ramai, pelancong dan pendaki supaya memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada abu gunung berapi.

Pelancong dan pendaki juga dilarang melakukan aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawah utama. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim