Trending

47 ular sawa dirampas daripada penumpang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

NEW DELHI: Pegawai kastam di lapangan terbang Tiruchirappalli (Trichy) di selatan India merampas 47 ekor ular sawa daripada seorang warga India yang tiba dari Kuala Lumpur.

Kesemua ular sawa dan dua biawak itu disembunyikan di dalam bagasi penumpang.

Reptilia itu dirampas di bawah undangundang adat dan perlindungan hidupan liar India dan akan dihantar pulang ke Malaysia, lapor media tempatan pada Isnin.

Penumpang lelaki yang berasal dari Chennai, tiba di lapangan terbang itu dengan menaiki penerbangan Batik Air pada 29 Julai.

Pada April, pihak berkuasa lapangan terbang Chennai menjumpai 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru