ARTIKEL

47,000 set telefon pintar tiba di M’sia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sejumlah 47,000 set telefon pintar jenama Samsung dan Honor bagi Pakej 5G RAHMAH tiba di Malaysia minggu ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kesemua telefon pintar itu diedarkan ke pusat pengedaran syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam menyediakan Pakej 5G RAHMAH.

“Pihak telco memaklumkan ia adalah satu jumlah mencukupi dan mereka terus memantau untuk pastikan jumlah peranti ini terus mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang di Jalan Klang Lama, di sini semalam.

Pakej 5G RAHMAH ditawarkan untuk semua rakyat Malaysia bermula 31 Ogos lepas dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

Pakej itu menawarkan spesifikasi asas pelan data 5G melibatkan telefon pintar jenama Samsung dan Honor berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60 gigabit (GB).

Ditanya sambutan rakyat terhadap inisiatif itu, Fahmi berkata maklum balas yang diterima setakat ini adalah positif dengan ramai yang sedang meneliti pelbagai pakej berbeza yang disediakan oleh telco. – Bernama

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU