474 kes baharu, satu lagi kematian

KUCHING: Terdapat 474 kes baharu Covid-19 dikesan dengan satu kematian dilaporkan di Sarawak hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Bintulu (103), Sibu (84), Miri (46), Kuching (35), Song (35), Kapit (34), Mukah (27), Serian (24), Saratok (13), Pakan (11), Tanjung Manis (11), Kanowit (10), Sarikei (8), Selangau (6), Bukit Mabong (4), Sebauh (3), Betong (3), Beluru (3), Samarahan (3), Bau (2), Kabong (2), Meradong (1), Dalat (1), Julau (1), Marudi (1), Limbang (1), Asajaya (1) dan Lundu (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 26,032 kes dan daripada 474 kes baharu yang dilaporkan, seramai 69 orang telah menunjukkan tanda serta mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 396 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” katanya.

Menurut JPBN, susulan daripada satu kes kematian baharu itu ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 meningkat kepada seramai 146 orang.

Suara Sarawak