ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Mancha (tengah) dan Rusdi (lima kiri) merakam kenangan bersama peserta.

48 polis S’wak, Sabah tamat kursus antipemerdagangan dan antipenyeludupan migran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 48 pegawai kanan polis dari Sarawak dan Sabah menamatkan Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) hari ini.

Kursus yang disertai pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (JSJ) dan cawangan D3 dari kedua-dua negeri itu diadakan dari 25 Feb hingga 1 Mac di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, penting memastikan penguatkuasaan undang-undang bagi kes ATIPSOM perlu dilakukan secara telus.

“Diharapkan semua pegawai sentiasa menjalankan tugas mereka dengan jujur ​​dan berintegriti, berhubung kes ATIPSOM,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan kursus berkenaan.

Kursus ini bertujuan memperkasa JSJ sebagai mekanisme kawalan dalaman dalam menyediakan panduan dan rujukan dalam penyiasatan kes Atipsom, seterusnya meningkatkan kadar caj.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh