ARTIKEL

490 usahawan Sabah, S’wak terima manfaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 490 usahawan ‘pasar tamu’ Sabah dan Sarawak menerima manfaat daripada Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM2.25 juta setakat 30 September lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata menerusi skim di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional itu, sejumlah RM5 juta untuk usahawan pasar tamu diperuntukkan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40 di Sabah dan Sarawak.

“Bagi usahawan muda pula, TEKUN Nasional menyalurkan pembiayaan kepada 75 orang usahawan di Sabah dan Sarawak di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Belia,” katanya di Dewan Rakyat semalam bagi menjawab soalan Datuk Ali Biju (PNSaratok).

Ali ingin tahu langkah terkini Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam memberdayakan usahawan terutama dalam kalangan B40 serta usahawan muda di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.

Bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus di bawah Program Pengukuhan Mikro MADANI, sebanyak 73 permohonan diterima sejak pelancaran program itu pada 1 Oktober lepas.

Melalui program BEEP Plus, Ewon berkata geran sebanyak RM10 juta disediakan khusus untuk usahawan bumiputera Sabah dan Sarawak, dengan bantuan secara Geran Padanan hingga 70 peratus pembiayaan atau maksimum RM250,000 bagi setiap kelulusan.

Seramai 1,852 usahawan belia Sabah dan Sarawak menerima geran sebanyak RM25.54 juta sejak 2014 di bawah program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim