ARTIKEL

Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berucap pada Perbarisan Tamat Latihan PLAK Bil.59 Siri 1/2023 di PULAPOL Kuching, di sini hari ini.

495 Konstabel polis tamat latihan di PULAPOL Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 495 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan bagi Bil.59 Siri 1/2023 berjaya menamatkan latihan selama enam bulan pada hari ini.

Mereka terdiri daripada 248 lelaki dan 247 wanita, 22 orang pemegang ijazah Sarjana dan 72 orang pemegang Diploma telah menjalani latihan fizikal dan akedemik sejak 12 Mac lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, beliau bersama pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharapkan pelatih ini dapat menghapus pandang negatif masyarakat terhadap PDRM.

Di samping, katanya, mereka perlu mempamerkan personaliti dan profesionalisme dalam tugas yang dilaksanakan kelak.

“Dalam menghadapi cabaran tugas dan persekitaran kerja yang baharu, saya juga suka untuk mengingatkan dan menasihati pelatih sekalian agar mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala-gejala yang negatif.

“Antaranya adalah rasuah, penyalangunaan kuasa, kegiatan jenayah atau kelakuan tidak bermoral yang bertentangan dengan etika seorang penjawat awam.

“Aktiviti-aktiviti negatif seperti ini bukan sahaja bole menghancurkan masa depan kerjaya malah akan turut mencemarkan imej pasukan,” katanya berucap menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan PLAK Bil.59 Siri 1/2023 di PULAPOL Kuching, di sini hari ini.

Justeru Mohd Azman berkata, pelatih harus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, berkhidmat dengan ikhlas, bertindak mengikut peraturan dan berlandaskan undang-undang serta bekerja sebagai satu pasukan.

Dalam majlis itu, Mohd Azman turut menyampaikan anugerah kepada Pelatih Terbaik Akedemik Wanita iaitu Konstabel Siti Norazniza Jefferin, sementara Pelatih Terbaik Latihan Luar Wanita kepada Konstabel Nira Mohamad dan Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan Wanita kepada Konstabel Lai Xii Yuan.

Manakala, Pelatih Terbaik Akedemik Lelaki diterima Konstabel Freddy Fernandez Dana Anding, Pelatih Terbaik Latihan Luar Lelaki jatuh kepada Konstabel Muhammad Syawak Mohamad Isham dan Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan adalah Konstabel Daireld Fredwin Jame.

Turut hadir, Pengerusi Perkep Sarawak Datin Nassariah Mohd Nassir, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur DCP Datuk Anuar Othman, Pengerusi Perkep Maktab PDRM Kuala Lumpur Datun Zalehah Alang Mat Sah, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/ Peperiksaan/ Kompetensi) Bukit Aman SAC Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar mewakili Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan Komandan PULAPOL Kuching SAC Zulfikar Ghazali. 

UNTUK ALBUM…Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (tujuh kiri barisan hadapan) bersama pegawai polis yang lain merakam gambar kenangan bersama pelatih PLAK Bil.59 Siri 1/2023 di PULAPOL Kuching, di sini hari ini.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU