ARTIKEL

Jurutera dan juruteknik sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas panel kawalan selepas selesai ujian rintangan habuk.

5 jurutera, perantis muda Sarawak Metro timba pengalaman di Fangda InnoTech Co. Ltd, Shenzhen, China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima jurutera dan perantis muda Sarawak Metro Sdn Bhd baru-baru ini berjaya menjalani kerja perindustrian selama sebulan di Fangda InnoTech Co. Ltd, Shenzhen, China.

Mereka terdiri daripada jurutera Sarawak Metro, Muhammad Azri Abdul Wahed dan Qhalief Sapawi dari Jabatan Jaminan dan Keperluan Sistem, manakala tiga perantis terbabit ialah Syammil Mohd Ishak, Farid Hamizan Roslan dan Nur Nafisa Abdullah dari Program Bakat Muda Sarawak Metro (YTP).

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Peningkatan Sosioekonomi (SEED) Sarawak Metro, yang bertujuan meningkatkan nilai perolehan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Kerja industri itu diwujudkan melalui kerjasama rapat dengan Kontraktor Pakej 1 Sistem Sarawak Metro – EPR Mobilus Global Rail JV Sdn Bhd (EMGJV).

Sepanjang tempoh itu, mereka diberi taklimat tentang gambaran keseluruhan projek ‘Automated Platform Gate’ (APG) dan memperoleh pengalaman pemasangan secara langsung.

Selain itu, mereka diperkenalkan kepada prosedur ujian, termasuk ujian keserasian elektro magnetik (EMC), ujian sesak cuaca, ujian struktur, ujian demonstrasi penyelenggaraan, ujian fungsi dan ujian satu juta kitaran.

Latihan komprehensif itu melengkapkan mereka dengan kemahiran praktikal, mendedahkan mereka kepada amalan standard industri dan membiasakan mereka dengan peringkat ujian dan pentauliahan, selain memperkasakan mereka agar cemerlang dalam peranan membantu operasi projek KUTS.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa berkata kerjasama industri itu menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha mewujudkan kumpulan tenaga mahir untuk menguruskan projek KUTS.

“Program SEED adalah inisiatif kami untuk menyediakan bakat muda tempatan bagi keperluan industri baharu ini.

“Ini adalah komitmen kami untuk memastikan kejayaan dalam memodenkan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuching,” katanya sambil menambah bahawa lebih ramai perantis industri sedang dalam perancangan.

Pengarah Projek EMGJV, Mohd Asmadi Abdul Manaf menekankan bahawa syarikat usaha sama itu berbangga dapat memainkan peranan utama dalam pemindahan ilmu berkenaan, yang dianggapnya sebagai proses berterusan dengan kerjasama Sarawak Metro dan pembekal luar negara EMGJV.

“Sudah pasti ini adalah kesinambungan daripada program tahun lepas dengan Global Rail di Selangor.

“Ia juga menandakan sangkutan kedua yang diadakan di China, yang pertama dengan kemudahan CRRC MRT Holding Group Co. Ltd di Changsha tahun lepas dan terbaharu di Shenzhen,” katanya.

Tahun ini, Sarawak Metro merekrut 20 lagi perantis YTP, menjadikan jumlah keseluruhan 60 orang sejak diperkenalkan tiga tahun lepas.

YTP ialah sub-program yang diperkenalkan di bawah Program SEED sebagai sebahagian daripada usaha kesediaan Sarawak Metro.

Pasukan Sarawak Metro dan Fangda bersedia selepas Ujian Fungsi APG dan Kitaran 1M.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU