ARTIKEL

Afghan residents clean debris and salvage their belongings after flash floods following heavy rainfall at a damaged house in Firozkoh, Ghor province on May 18, 2024. Flash flooding has killed at least 50 people in western Afghanistan, provincial police said on May 18, a week after hundreds were washed away in the north of the country. (Photo by AFP)

50 korban banjir kilat di barat Afghanistan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABUL: Banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di barat Afghanistan, menurut polis wilayah pada Sabtu, seminggu selepas ratusan orang dihanyutkan banjir serupa di utara negara itu.

Banjir pada Jumaat turut memusnahkan sekitar 2,000 buah rumah serta beribu-ribu lagi perniagaan, kata jurucakap polis Ghor, Abdul Rahman Badri dalam satu kenyataan.

Banjir baharu di negara yang sangat terdedah kepada perubahan iklim itu berlaku ketika mangsa yang terselamat dalam banjir kilat pada 10 Mei di wilayah utara Baghlan meneruskan usaha mencari saudara-mara yang hilang.

“Sekurang-kurangnya 50 penduduk wilayah Ghor terkorban akibat banjir pada Jumaat dan sejumlah lagi yang lain masih hilang.

“Banjir dahsyat ini juga membunuh beribu-ribu lembu, memusnahkan ratusan hektar tanah pertanian, ratusan jambatan, pembetung dan ribuan pokok,” kata Badri.

Manakala di kawasan jalan utama memasuki wilayah dan di dalam wilayah itu turut tersekat

Ketua jabatan pengurusan bencana wilayah itu, Abu Obaidullah berkata, banjir turut melanda beberapa daerah di wilayah termasuk ibu kota Chaghcharan, dengan jalan rayanya penuh dengan lumpur.

“Keadaan ini benar-benar membimbangkan,” katanya kepada AFP, sambil menambah bahawa mangsa memerlukan tempat tinggal, makanan dan air.

Menurut pegawai Program Makanan Sedunia (WFP) PBB dan Taliban, lebih 300 orang maut akibat bencana banjir awal bulan ini yang menyebabkan kediaman dan jalan raya diselaputi lumpur tebal

Kemusnahan jalan raya dan jambatan menghalang usaha menyelamat, dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak berkuasa Taliban memberi amaran angka kematian akan meningkat.

BERITA LAIN

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut

BERITA TERBARU