50 menu buka puasa di UCSI

KUCHING: Selain menyajikan pelbagai menu menarik, UCSI Hotel turut menawarkan pemandangan yang indah kepada pelanggan ketika menikmati juadah berbuka puasa.

Pengurus Residen Hotel UCSI, Penolong Profesor Christopher Wan Sageng berkata, terdapat lebih 50 menu ditawarkan menerusi pakej bufet Meriah Sungkei yang berkonsepkan makanan Arab, Asia dan juga Barat.

“Pada tahun lalu kami Hanya menggunakan perkhidmatan hantaran kepada pelanggan ekoran situasi pandemik yang melanda negara.

“Dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan pada tahun ini, kami berbesar hati untuk melihat pelanggan mencipta detik indah bersama-sama keluarga masing-masing sempena Ramadan yang penuh makna ini,” katanya kepada media ketika majlis Ramadan Meriah Sungkei di Hotel UCSI.

Menurutnya, pakej ini diadakan setiap tahun dengan menyajikan pelanggan beberapa menu istimewa sepanjang bulan Ramadan.

“Pelanggan juga ditawarkan harga promosi berpatutan iaitu RM68 untuk dewasa melalui tempahan dan bayaran awal yang dilakukan.

“Manakala, untuk warga emas dan kanak-kanak, masing-masing ditawarkan diskaun 20 dan 50 peratus, manakala kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah percuma,” katanya lagi.

… Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 April 2021

Suara Sarawak